30 September, 2011

Cara buat favicon untuk URL

Favicon atau favourite icon ialah imej kecil seperti logo ringkas yang diletakkan di sebelah URL atau address bar sebuah laman web. URL boleh dibuat menggunakan fail dengan format ico. Namun kita juga boleh menggunakan format JPG atau PNG untuk dimuat naik sebagai favicon. Untuk menukar favicon blogspot, kita pergi ke tab Design lepas Log In ke blog kita, pada tab yang pertama, Pages Elements


Hanya imej empat segi sama(square image) sahaja yang boleh digunakan untuk membuat favicon. Imej empat segi sama boleh dibuat dengan memastikan pixel tinggi dan lebar sama nilai. Contohnya 64X64 pixel atau 256 X 256 pixel.

Cara yang mudah untuk membina square image ialah fail baru di Photoshop, set saiz pixel imej wama tinngi dan lebarnya seperti gambar di bawah. Bina imej ikut keperluan kita.


Satu lagi cara mudah untuk membuat square image ialah dengan menggunakan perisian Paint. Kita juga boleh edit imaj sedia ada dan tukar attribute imej tersebut menjadi square image seperti dalam gambar rajah.




Tukar nilai

Bila isteri tidak sihat

Kak Nita tak sihat semalam. Lepas Isyak, terus tidur tak sempat makan. Takda selera. Suami kena kreatif. Turun dapur, cari ikan bilis, bawang. Cili api dah habis. Nasib ada cili kering yang dah dimesin. Apa lagi, panaskan kuali, ambil bawang kecil 2 biji, racik. Basuh ikan bilis. Bila minyak dalam kuali dah panas, campakkan ikan bilis. Bila ikan bilis dah garing, ketepikan, masukkan pulak bawang. Terbit bau, masukkan cili 2 sudu. Tunggu sekejap sampai naik minyak, gaulkan semula dengan ikan bilis. Tunggu sampai naik minyak.

Ada pulak masalah berlainan budaya makan. Saya suka tambah tempoyak pada sambal ikan bilis.Kak Nita tak suka. Terpaksalah buat 2 set. Bila sambal tadi sudah naik minyak, saya asingkan separuh ke piring lauk, tinggal separuh lagi atas kuali dengan api perlahan. Masukkan 2 sudu tempoyak, kacau lagi. Harum serumah dengan bau tempoyak.

Sudah siap kejutkan Kak Nita makan. Tengok sambal ikan bilis terus berselera. Yang paling kuat makan, Alya. Peminat sambal ikan bilis nombor satu. Dan saya menikmati sambal ikan bilis tempoyak sorang-sorang. Takda pewaris nampaknya setakat ini.

27 September, 2011

Masak Lemak Cili Api

Masak lemak cili api adalah lauk harian kami yang berasal dari Beranang. Masa mula-mula kahwin dulu, culture shock jugak isteri saya bila tiap kali balik ke Cheras baru mesti ada masak lemak cili api. Semalam gulai ayam, hari ni gulai udang, esok gerenti ada masak lemak lagi.

Sebenarnya masak lemak cili api ni antara lauk yang senang dimasak. Ada 3 proses saja.
1. Tumbuk bawang, cili, halia dengan kunyit hidup.Kemudian tumbuk serai.
2. Masukkan santan dalam periuk, sekali dengan bahan yang dah ditumbuk tadi.
3. Masukkan ikan,daging atau ayam. Paling sedap masuk perut lembu, perut hitam bukan yang dah diputihkan di pasar.

Tambahlah kentang kalau gulai ayam atau daging. Masuk rebungpun sodap. Kalau tambah nangka, panaskan semula gulai tu pagi besok, lagi sedap.

Arwah mak kata kalau gulai daging atau perut lembu, masukkan dua tiga helai daun limau purut. Kalau gulai ikan, masukkan asam keping bila gulai dah nak masak.

Gulai Daging
1 kilogram daging segar. Daging batang pinang paling baik dan lembut
1 biji kelapa, nak santan je

Bahan Tumbuk
15 ulas cili api
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
serai 2 batang

Masuk santan dalam periuk, sekali dengan bahan yang ditmbuk.Kacau. Jangan biarkan minyak pecah.
Masukkan daging.Bila daging dah nak empuk, masukkan kentang. Garam secukup rasa, jangan lupa. Bila guna kentang, selalunya kentang serap garam, sebab tu masuk garam lebih sikit.Dah nak masak, masuk daun limau purut.

Mee Goreng

Mee goreng kalau nak sedap mesti ada tiga perkara ini. Tauge, air rebusan daging dan telur. Kalau makan mee goreng kat kedai sekarang susah nak jumpa sotong dengan udang macam dulu-dulu. Agaknya peniaga sekarang takut pelanggan kena gout kot. Kalau kat kampung, ada yang suka masukkan tahu goreng untuk rencah.

Mee kuning 1 kilo
Tauge 200 gram
Sawi 100 gram
Telur 2 biji

Bahan untuk memewahkan mee
Udang 10 ekor ( nak mewah tambah lagi)
Sotong 2 ekor
Daging yang sudah direbus atau (simpan air rebusan daging tu)
Kicap
Sos Tiram
Bahan untuk ditumbuk
Bawang kecil 3 hingga 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Cili kering (dah blend pun ok)
5 ekor udang
Udang kering 50 gram
Kalau mahu, boleh tambah sedikit ikan masin

Panaskan minyak atas kuali. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau. Campakkan sawi. Kalau ikut stail mamak, bila dah naik bau tumisan,masukkan udang dan sotong. Kemudian terus masuk 2 biji telur dan masukkan mee. Kacau dengan sudip. Masukkan tauge. Tuang kicap biar nampak menyelerakan. Kalau ada sos tiram, masukkan sekali. Caranya yuang sos tiram atas sudip, kemudian gaulkan dengan mee yang sedang digoreng. Sos tiram ni jangan banyak sangat, nanti rasa tengit. Tuang air rebusan daging. Kalau nak sedap lagi, buat stok rebusan tulang. Taburkan garam secukup rasa.

Masa nak hidang, hiriskan cili merah. Kalau ada bawang goreng, taburkan sikit. Lepas tu perah limau nipis atau limau kasturi.

Hidang panas-panas

Sambal Tumis

Sambal tumis ikan bilis yang arwah mak ajar sangat mudah. Panaskan minyak, campak bawang besar, air asam jawa dengan cili mesin dalam kuali, biar dia masak sendiri sampai kering naik minyak. Kalau suka belacan, boleh tambah. Jangan lupa garam dan gula. Kalau buat nasi lemak dengan sambal tumis macam ini, gerenti orang tak komplen. Sekarang ni kalau saya masak sambal tumis, saya campur sikit gula kabung atau gula merah, tambah rasa dan warna merah pekat yang sangat memikat.

Ikan bilis 200 gram
Bawang besar 2 labu
Cili mesin (cili boh pun boleh) 3 sudu makan
Ais asam jawa 1 mangkuk besar
Gula pasir 2 sudu
Gula merah/kabung 2 sudu
Garam secukup rasa
Minyak masak (agak-agaklah, sikit sangat tak jadi, kalau banyak sangat penyakit pulak)

Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan seketul besar asam jawa ke dalam semangkuk air. Lagi banyak air, lagi lambat masak, tapi makin sedap sedap sambal dengan ikan bilis mesra. Masuk sekali bawang besar yang telah dihiris dalam mangkuk air asam. Ambil 3 sudu cili kering yang telah dimesin (kuantiti cili ikut selera dan daya tahan pedas). Tambah hujung sudu belacan. Belacan tu kalau rajin, bakar dulu. Nak senang bakar, letak belacan di hujung sudu, panaskan atas api kat dapur tu kejap. Sebelum, hangit, tarik keluar.

Bila minyak dah panas, lebur semua bahan tadi atas kuali, sekali gus. Biarkan atas kuali. Sesekali, kacaulah dengan sudip biar masak tu rata. Masukkan gula pasir dengan gula merah dan garam. Kacau lagi sampai sambal kering dan naik minyak. Hidangkan dengan nasi lemak. Kalau ada mak mertua di rumah, mintak maaf siap-siap, kalau tak perasan dia lalu di belakang masa tengah sedap makan.

Kalau sambal ini hendak dimakan dengan nasi lemak untuk sarapan pagi, elok masak sambal ini pada waktu malam. Rasanya lagi sedap bila dibiarkan semalaman.

Kalau sambal nasi lemak ni nak perisa lagi, ambil segenggam ikan bilis, blend dengan cili kering. Komen anak nombor 2 saya Alya yang suka tolong di dapur tu, nasi lemak yang sedap ialah nasi lemak makcik gerai kat Cheras Baru dengan nasi lemak papa buat. Sebab sambal tumis inilah kot.

Kari Ikan

Teringat masa mula saya belajar masak kari di rumah bujang saya di Sarawak dulu, saya masak kari 3 hari berturut-turut. Saya minta maaf pada rakan serumah, saya kata saya tengah belajar, jadi saya kena buat sampai dapat. Nasiblah hari-hari kari ke kari. Di Sarawak dulu seronok masak kari sebab senang nak dapat kepala ikan di pasar Sarikei atau Sibu. Harga murah. Orang sana pun tak berapa nak makan kepala ikan. Isteri saya, orang Kuala Kangsar, kalau masak kari memang saya tak boleh lawan orang utara ni. Kalau masak kari ikan, siap dengan rempah halba campur.

Kari Kepala Ikan

1 kg kepala ikan
1 peket kari ikan (rendam dalam air menjadi pes)
bawang besar
1/2 inci halia
air asam jawa
sedikit santan (kalau orang Penang guna tairu atau susu masam)
Daun kari
1 sudu halba campur
garam secukup rasa
Beberapa helai daun kari

Panaskan minyak dalam periuk atau kuali. Kalau nak kari lebih sedap lagi, orang kata guna belanga.
Tumis bawang besar. Ada juga yang suka guna bawang kecil 3 ulas dan seulas bawang putih. Ikut selera masing-masinglah. Kalau ikut malas, guna bawang besar, senang sikit nak buang kulit.
Masukkan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Ada tukang masak yang gelar rempah ni 3 sekawan, mesti bersama. Masukkan juga daun kari. Selepas terbit bau, masukkan pes kari. Kacau sampai terbit minyak. Pes kari ini dibuat dengan mencampurkan sepeket rempah kari dengan air. Janagn sampai banjir. Bubuh air asam pun boleh. Ada orang kata pes di kalau dibuat awal semalaman lagi sedap.

Selepas tumisan kari naik minyak, masukkan air asam. Kalau guna santan, atau tairu boleh masukkan sekarang. Kacau. Bila dah mesra dan kuah kari menggelegak, masukkan kepala ikan. Masukkan garam secukup rasa. Kalau ada bende atau terung, boleh masukkan sekali. Jerang sampai masak.

23 September, 2011

Gulai Udang

Udang memang sedap dimakan, tapi kena ingat kesannya. Kolestrol naik dan gout pun datang. Semalam pembantu saya, Lisa, masak gulai udang. Nasib baik dia jenis cepat belajar, ayahnya juga orang Minang, orang awak juo. Jadi gulai dia lebih kurang sama dengan gulai kito. Dulu, arwah emak sesekali campur tempe dengan gulai udang. Sedapnya. Kali yang lain pulak, gulai udang campur dengan tempoyak, pekat, tambah daun kunyit. Balik dari Sarawak dulu saya selalu bawa udang galah, mak masak campur tomato dalam gulai. Dah duduk Semenanjung, berkurun tak makan udang galah.

Bahan-bahan

Udang 1 kilogram
Kelapa 1/2 biji
Cili Api 15 tangkai
Bawang merah 3 biji (Kalau orang Negeri Sembilan tak guna bawang. Tumbuk cili dengan kunyit aje)
Kunyit hidup 1/2 inci
Serai 1 batang

Tumbuk cili, kunyit, bawang
Masukkan santan dalam periuk. Masukkan cili dan bawang yang telah ditumbuk. Kacau sampai pekat. Oleh kerana udang keluarkan air semasa dimasak, pastikan gulai pekat. Jangan bubuh air banyak sangat.
Lepas gulai mendidih, masukkan udang kejap.
Masukkan serai.
Tunggu sekejap sampai udang berubah warna, tutup api.

Kalau ada rebung, boleh tambah. Tempe pun sedap. Nak masam sikit masukkan tomato sebiji. Kalu masuk tempoyak, biar pekat. Sodap bang.

22 September, 2011

Sambal Tokok Ikan Bilis

Sambal tokok ikan bilis adalah sambal yang paling mudah untuk dibuat, pembuka selera. Kalau rasa tak ada selera makan sebab stress kerja, demam atau putus cinta, cubalah sambal tokok.

Tokok maknanya tumbuk. Ikan bilis ditumbuk dengan cili api. Lepas tu boleh pilih perah limau kasturi atau minyak masak.

Bahan-bahan

Ikan bilis 50 gram
Cili api 8 tangkai (ikut citarasa dan daya tahan pedas)
Limau kasturi 1 biji atau sedikit minyak masak, pilih salah satu.

Ikan bilis ditumbuk dengan cili api.
Selepas lumat, perah air limau kasturi. Kalau nak yang klasik, gantikan air limau kasturi dengan sedikit minyak masak, sekadar membanjirkan sambal. Boleh bubuh sedikit garam.

Tumbuk ikan bilis jangan sampai hancur sangat, biar ada nampak body sikit.

Goreng Ikan Bilis Berlada

Kalau dah tak ada stok dalam peti ais, ikan bilis selalu jadi penyelamat. Goreng ikan bilis berlada kalau makan dengan nasi panas, tak ada lauk lain pun tak apa. Masa kena Kursus Apec E-learning diBusan, Korea dulu, ikan bilis berlada jugalah penyelamat, walaupun sejuk keluar dari peti ais. Makan pulak dengan nasi dari beras kontot dan gebu Korea, lembik-lembik sedap.

Bahan
100 gram ikan bilis
Minyak masak

Bahan untuk ditumbuk
10-12 tangkai cili api (ikut cita rasa dan tahap tahan pedas)
bawang kecil 2 biji
Garam secukup rasa

Goreng ikan bilis sampai garing
Selapas garing, ketepikan di tepi kuali untuk masukkan bahan tumbuk
Masukkan bawang dan cili api yang telah ditumbuk, kacau supaya tidak hangus
Bila dah terbit bau, gaulkan dengan ikan bilis
Siap, hidangkan dengan nasi panas.

Kalau malas nak tumbuk cili dan bawang, boleh guna bawang hiris dan cili kering blend, sedap jugak

21 September, 2011

Tapai Kak Nita menjadi

Isteri saya produktif lepas raya ni. Minggu pertama raya, lepas balik dari Kuala Kangsar, isteri saya cuba membuat coklat. Belajar dari adik saya Laily. Sedap coklat ni, kata kawan-kawan kat ofis yang sempat merasa. Tiga hari lepas buat tapai pulut pulak. Inilah kali pertama isteri saya mencuba membuat tapai. Ragi ambil dari kampung masa cuti raya hari itu. Ibu mertua saya memang selalu buat tapai setiap kali hari raya. Saya tukang habiskan tapai.


Petang semalam balik dari kerja, lepas berbuka, buka peti ais tengok ada tapai. Alhamdulillah, cubaan pertama isteri saya membuat tapai menjadi. Tapai manis, sedap dimakan. Tapai yang tinggal untuk saya cuma 2 sudu. Aiza, anak nombor 4 yang banyak makan. Sambil makan dia suapkan juga ke mulut Ayra, anak bungsu yang belum sampai umur setahun. Waktu malam Ayra tidak boleh tidur sebab perut kembung, dua tiga kali terjaga. Kembung tapai agaknya.

Cara membuat tapai
Bahan
Pulut 2 pot beras
Ragi (1/4 dari ragi yang macam dalam gambar)



Tanak pulut
Bila dah masak, biarkan pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam, ikut kuantiti pulut yang dimasak.
Sagat ragi dan taburkan keliling pulut. Isteri saya sangat ragi guna penapis teh sahaja.
Gaul ragi dengan pulut. Seeloknya guna sudu. Kalau gunu tangan takut ada mikrob lain yang tergaul sama. Sebab tu kadang-kadang ada benda asing bewarna perang dalam tapai.
Simpan pulut dalam bekas kaca. Balut bekas itu dengan kain untuk mengelakkan cahaya mengganggu aktiviti mikrob.


Selepas sehari kalau ada bau masam manis kat tapai itu, tanda tapai dah menjadi. Tapai boleh dimakan selepas satu setengah hari.

Lepas ni boleh buat marketing tapai lah pulak. Minggu lepas dah buat promosi coklat handmade Kak Nita.


(Gambar-gambar diambil dari alkiram.net)

20 September, 2011

Banyaknya dugaan puasa 6 Syawal rupanya

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

Secara semulajadi, pejabat saya di Genting Highland ini sangat nyaman dan dingin hawanya membuatkan berpuasa tidak banyak halangan. Tekak tak pernah rasa haus dek bahang matahari, mata pun taklah selalu kuyu. Laparpun bukan masalah besar. Dugaan puasa enam ni sebenarnya datang dari kawan-kawan. Hari Isnin lepas, minggu pertama masuk pejabat lepas cuti hari raya, kononnya nak mula puasa. Janji dengan isteri puasa bersama. Belum sempat masuk pejabat, Haji Fendi dah tarik tangan ajak sarapan di luar sebab kantin pejabat masih tutup. Orang kata meraikan jemputan kawan lebih utama dari mneruskan puasa. Wallahualam. Ikutklah kehendak kawan bersarapan di restoran terdekat. Balik rumah tersenguh-sengih kat kak Nita kata tak jadi puasa. Hari Selasa, kawan di tingkat 2 pula jemput jamuan hari raya. Batal lagi puasa. Ada nasi Arab, beehun, lontong, lemang dan pelbagai lagi perkara-perkara yang godaan meneruskan puasa. Masa tu lah buat azam, esok hari Rabu, mesti mula puasa 6. Sampai pejabat, perut pulak berangin. Kenalah cari sarapan. Minggu ini dah masuk hujung minggu ketiga Syawal, godaan bukan makin berkurang. Ada je kawan yang rajin bawa juadah. Pagi-pagi dah buat pengumuman " Kawan-kawan yang tidak berpuasa jemput maka, saya bawa jamuan ". Sampai pukul 2 petang pun ada pengumuman untuk kawan-kawan yang tak berpuasa dijemput makan tengahari. Cobaan