Panduan Bina Blog

Di sini saya berkongsi pengalaman membuat blog menggunakan perkhidmatan percuma blogspot.com. yang disediakan oleh Google. Laman ini adalah nota tambahan untuk peserta kursus Pengurusan Berkesan Menggunakan ICT, sabagai maklumat tambahan untuk slot Komunikasi Menggunakan ICT yang saya sampaikan. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

1. Mendaftar Blog


Langkah pertama dan paling mudah untuk membina blog ialah kita masuk kepada mana-mana blog yang menggunakan perkhidmatan blogger.com. Sebagai contoh taip http://termiziyusof.blogger.com. Pada sudut sebelah kanan setiap laman blogger.com terdapat satu pautan Create Blog.



Klik pada pautan ini. Anda akan dibawa ke satu laman untuk membuka akaun blogger yang baru. Anda hanya perlu membuat tiga langkah mudah untuk membina blog.
1. Cipta akaun
2. Namakan Blog
3. Pilih template untuk antaramuka blog anda


Langkah 1: Cipta akaun


Blogger mensyaratkan anda mempunyai akaun Google untuk membina blog. Jika anda mempunyai akaun Google seperti Gmail, Google Groups atau Orkut, anda boleh terus klik pada pautan sign in. Jika tidak , anda perlu mengisi borang pendaftaran Google pada laman ini. Isikan borang yang disediakan untuk membina akaun Google.

Akaun Google diberi secara percuma. Anda mesti telah ada akaun emel untuk membuka akaun Google. Jika emel anda adalah akaun Gmail, anda tidak perlu membuka akaun Google. Anda boleh terus log in menggunakan nama pengguna dan kata lauan untuk akaun Gmail anda kerana Gmail ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Gmail. Jika tidak anda perlu membuka akaun baru Google.
Untuk membuka akaun Google, anda diminta memenuhkan kekotak input yang disediakan apabila anda klik Butang Create Blog. Anda akan diminta memasukkan nama akaun emel yang anda ada pada borang pendaftaran Google akaun ini. Anda boleh memasukkan emel yang anda ada seperti akaun emel Yahoo anda. Setelah siap tekan butang Continue. Sekiranya berjaya, anda akan dibawa ke laman untuk langkah kedua, menamakan blog anda.



Langkah 2: Namakan Blog


Fikirkan nama yang paling sesuai untuk blog anda. Dua maklumat diperlukan dilaman ini iaitu Tajuk Blog dan Alamat Blog. Tajuk blog perlu sesuai dengan kandungan blog yang akan anda tulis mengikut kecenderungan dan minat anda. Fikirkan apakah tujuan anda menulis blog? Sekiranya anda menulis blog untuk tujuan refleksi peribadi seperti diari atau jurnal perjalanan hidup anda, anda boleh cuba memasukkan tajuk yang relevan tetapi catchy dan mudah diingati untuk Tajuk Blog. Seperti yang dinyatakan pada gambarajah di bawah, tajuk blog akan muncul pada blog, Dashboard dan profil anda. Kedua, anda perlu menulis alamat blor (URL) yang anda fikir sesuai. Pada kotak input http://(masukkan nama).blogspot.com masukkan nama URL yang telah anda pilih. Pengunjung akan menggunakan URL blog ini untuk mengunjungi blog anda. URL adalah unik. Sekiranya pilihan URL anda telah digunakan oleh orang lain, anda akan diminta memilih alamat baru. Masalah ini selalu berlaku apabila kita cuba menggunakan nama sendiri atau nama organisasi untuk dijadikan URL. Contohnya jika cuba memasukkan nama sekolah kita sebagai alamat blog, sistem akan memberitahu alamt blog tersebut tidak boleh digunakan. Ini bermakna ada pengguna lain yang telah mendaftar blog menggunakan alamat tersebut. Begitu juga jika kita cuba menggunakan nama sendiri untuk alamat blog, kecuali nama kita sangat unik, mungkin tidak ada orang lain yang pernah gunakan sebagai alamat.


Langkah 3: Pilih Template


Setelah proses menamakan blog selesai dan nama yang kita pilih diterima, kita perlu memilih template untuk blog. Template adalah tema antaramuka pengguna blog kita. Kita diberi beberapa pilihan antaramuka yang sesuai dengan laman blog yang akan dibangunkan. Kita juga boleh mencari dan memilih tema dari laman web lain yang lebih beranika. Untuk tujuan pelajaran awal ini, kita akan memilih tema yang diberikan oleh blogger.com. Kita boleh ubah tempalte ini bila-bila masa kemudian. Contoh-contoh template yang diberi seperti gambarajah di bawah. Pilih satu yang paling berkenan.


Setelah pilihan template dibuat, selesailah proses membina blog. Anda boleh mula menulis post pertama untuk blog anda. Anda juga boleh meneruskan kerja mengedit reka bentuk blog baru anda. Klik pada pautan start posting now jika anda sudah bersedia untuk menulis atau klik pada pautan customize how your blog looks.