20 September, 2011

Banyaknya dugaan puasa 6 Syawal rupanya

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

Secara semulajadi, pejabat saya di Genting Highland ini sangat nyaman dan dingin hawanya membuatkan berpuasa tidak banyak halangan. Tekak tak pernah rasa haus dek bahang matahari, mata pun taklah selalu kuyu. Laparpun bukan masalah besar. Dugaan puasa enam ni sebenarnya datang dari kawan-kawan. Hari Isnin lepas, minggu pertama masuk pejabat lepas cuti hari raya, kononnya nak mula puasa. Janji dengan isteri puasa bersama. Belum sempat masuk pejabat, Haji Fendi dah tarik tangan ajak sarapan di luar sebab kantin pejabat masih tutup. Orang kata meraikan jemputan kawan lebih utama dari mneruskan puasa. Wallahualam. Ikutklah kehendak kawan bersarapan di restoran terdekat. Balik rumah tersenguh-sengih kat kak Nita kata tak jadi puasa. Hari Selasa, kawan di tingkat 2 pula jemput jamuan hari raya. Batal lagi puasa. Ada nasi Arab, beehun, lontong, lemang dan pelbagai lagi perkara-perkara yang godaan meneruskan puasa. Masa tu lah buat azam, esok hari Rabu, mesti mula puasa 6. Sampai pejabat, perut pulak berangin. Kenalah cari sarapan. Minggu ini dah masuk hujung minggu ketiga Syawal, godaan bukan makin berkurang. Ada je kawan yang rajin bawa juadah. Pagi-pagi dah buat pengumuman " Kawan-kawan yang tidak berpuasa jemput maka, saya bawa jamuan ". Sampai pukul 2 petang pun ada pengumuman untuk kawan-kawan yang tak berpuasa dijemput makan tengahari. Cobaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan