Mulakan Posting

Menulis Post
Kita menulis blog dengan cara menghantar tulisan kita atau dipanggil Post. Ada pelbagai tujuan orang menulis blog. Tujuan asal blog adalah sebagai web log. Kita membuat log di laman web pelbagai pengalaman peribadi. Kita menulis jurnal atau catatan harian sebagai refleksi terhadap perjalanan hidup. Apa yang kita tempuh pada sesuatu hari kita tulis dan membuat muhasabah. Uniknya blog ialah kita juga boleh membenarkan orang lain memberi komen terhadap refleksi kita. Refleksi dan komen dapat menjadi penambah baikan kepada pengalaman dan menjadi pengajaran yang berguna.

Kini ada banyak sebab orang menulis blog. Ada yang menggunakan blog sebagai alat promosi dan pemasaran yang berkesan. Pelukis dan penulis kreatif menjadikan blog sebagai platform untuk memaparkan karya. Organisasi menggunakan blog untuk menghebahkan aktiviti. Tidak kurang juga pemimpin yang menggunakan blog untuk mengumpul dan mempengaruhi pengikut. Terpulang kepada anda untuk menulis apa sahaja yang anda mahukan, asalkan bukan dijadikan medan fitnah dan menyebar budaya songsang. Tetapi, tahukah anda ada yang menjadi kaya raya dengan menulis blog sahaja. Klu yang hendak saya beri, pada gambarajah berikut, ada tab Monetize, cubalah.

Membuat Posting
Untuk menulis Posting, kita perlu log masuk dengan Sign In ke blog kita dan pilih tab Post.
Pilihan Posting
Kita diberi 3 pilihan Posting. Pilihan pertama ialah post baru, pilihan kedua edit post sedi ada manakala pilihan ketiga membina Page. Page adalah laman antaramuka baru sebagai tab kepada laman utama (home). Kita dibenarkan membina sehingga 10 laman tambahan sebagai tab laman pilihan. Laman ini bersifat tetap. Kita hanya boleh memasukkan satu posting sahaja pada Page, berbeza dengan laman utama blog yang memuatkan posting baru setiap kali kita menulis. Namun, kita boleh edit Page pada bila-bila masa.

i) Post Baru
Apabila klik pada New Post, kita akan diberi tetingkap pengarangan untuk menulis. Pertama, tulis tajuk post kita. Pilihan tajuk yang tepat mengenai apa yang hendak ditulis sangat penting kerana enjin pencari seperti Google akan menggunakan tajuk post sebagai satu cara menyenarai blog kita apabila carian dibuat oleh pengguna. Perkara ini akan dibincang dengan lanjut dalam bab Search Engine Optimization.
Setelah menulis tajuk, kita boleh mula mengarang. Alat pengarangan yang diberi membenarkan kita memasukkan teks dan imej. Alat pengarangan juga membenarkan kita mengubah suai teks yang dimasukkan dengan beberapa format ringkas seperti:
1. tebalkan (bold) huruf atau perkataan,
2. membuat garisan di bawah huruf atau perkataan,
3. dan menggaris huruf atau perkataan.