22 September, 2011

Sambal Tokok Ikan Bilis

Sambal tokok ikan bilis adalah sambal yang paling mudah untuk dibuat, pembuka selera. Kalau rasa tak ada selera makan sebab stress kerja, demam atau putus cinta, cubalah sambal tokok.

Tokok maknanya tumbuk. Ikan bilis ditumbuk dengan cili api. Lepas tu boleh pilih perah limau kasturi atau minyak masak.

Bahan-bahan

Ikan bilis 50 gram
Cili api 8 tangkai (ikut citarasa dan daya tahan pedas)
Limau kasturi 1 biji atau sedikit minyak masak, pilih salah satu.

Ikan bilis ditumbuk dengan cili api.
Selepas lumat, perah air limau kasturi. Kalau nak yang klasik, gantikan air limau kasturi dengan sedikit minyak masak, sekadar membanjirkan sambal. Boleh bubuh sedikit garam.

Tumbuk ikan bilis jangan sampai hancur sangat, biar ada nampak body sikit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan