27 September, 2011

Mee Goreng

Mee goreng kalau nak sedap mesti ada tiga perkara ini. Tauge, air rebusan daging dan telur. Kalau makan mee goreng kat kedai sekarang susah nak jumpa sotong dengan udang macam dulu-dulu. Agaknya peniaga sekarang takut pelanggan kena gout kot. Kalau kat kampung, ada yang suka masukkan tahu goreng untuk rencah.

Mee kuning 1 kilo
Tauge 200 gram
Sawi 100 gram
Telur 2 biji

Bahan untuk memewahkan mee
Udang 10 ekor ( nak mewah tambah lagi)
Sotong 2 ekor
Daging yang sudah direbus atau (simpan air rebusan daging tu)
Kicap
Sos Tiram
Bahan untuk ditumbuk
Bawang kecil 3 hingga 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Cili kering (dah blend pun ok)
5 ekor udang
Udang kering 50 gram
Kalau mahu, boleh tambah sedikit ikan masin

Panaskan minyak atas kuali. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau. Campakkan sawi. Kalau ikut stail mamak, bila dah naik bau tumisan,masukkan udang dan sotong. Kemudian terus masuk 2 biji telur dan masukkan mee. Kacau dengan sudip. Masukkan tauge. Tuang kicap biar nampak menyelerakan. Kalau ada sos tiram, masukkan sekali. Caranya yuang sos tiram atas sudip, kemudian gaulkan dengan mee yang sedang digoreng. Sos tiram ni jangan banyak sangat, nanti rasa tengit. Tuang air rebusan daging. Kalau nak sedap lagi, buat stok rebusan tulang. Taburkan garam secukup rasa.

Masa nak hidang, hiriskan cili merah. Kalau ada bawang goreng, taburkan sikit. Lepas tu perah limau nipis atau limau kasturi.

Hidang panas-panas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan