21 September, 2011

Tapai Kak Nita menjadi

Isteri saya produktif lepas raya ni. Minggu pertama raya, lepas balik dari Kuala Kangsar, isteri saya cuba membuat coklat. Belajar dari adik saya Laily. Sedap coklat ni, kata kawan-kawan kat ofis yang sempat merasa. Tiga hari lepas buat tapai pulut pulak. Inilah kali pertama isteri saya mencuba membuat tapai. Ragi ambil dari kampung masa cuti raya hari itu. Ibu mertua saya memang selalu buat tapai setiap kali hari raya. Saya tukang habiskan tapai.


Petang semalam balik dari kerja, lepas berbuka, buka peti ais tengok ada tapai. Alhamdulillah, cubaan pertama isteri saya membuat tapai menjadi. Tapai manis, sedap dimakan. Tapai yang tinggal untuk saya cuma 2 sudu. Aiza, anak nombor 4 yang banyak makan. Sambil makan dia suapkan juga ke mulut Ayra, anak bungsu yang belum sampai umur setahun. Waktu malam Ayra tidak boleh tidur sebab perut kembung, dua tiga kali terjaga. Kembung tapai agaknya.

Cara membuat tapai
Bahan
Pulut 2 pot beras
Ragi (1/4 dari ragi yang macam dalam gambar)



Tanak pulut
Bila dah masak, biarkan pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam, ikut kuantiti pulut yang dimasak.
Sagat ragi dan taburkan keliling pulut. Isteri saya sangat ragi guna penapis teh sahaja.
Gaul ragi dengan pulut. Seeloknya guna sudu. Kalau gunu tangan takut ada mikrob lain yang tergaul sama. Sebab tu kadang-kadang ada benda asing bewarna perang dalam tapai.
Simpan pulut dalam bekas kaca. Balut bekas itu dengan kain untuk mengelakkan cahaya mengganggu aktiviti mikrob.


Selepas sehari kalau ada bau masam manis kat tapai itu, tanda tapai dah menjadi. Tapai boleh dimakan selepas satu setengah hari.

Lepas ni boleh buat marketing tapai lah pulak. Minggu lepas dah buat promosi coklat handmade Kak Nita.


(Gambar-gambar diambil dari alkiram.net)

1 ulasan:

  1. tuan termizi, mak saya pula suka buat tapai ubi masa saya kecil-kecil dulu. Yang menjadi tukang jualnya, sayalah juga.Hehehe!Dalam 14-18 November nanti, kami akan ke IAB semula. Bawalah keIAB, tapai buatan isteri tuan. Bolehlah kami merasanya.:)

    BalasPadam