23 Oktober, 2011

Ikan Tamban sedapkan Mee Goreng

Nak sedapkan mee goreng yang anda masak? Cuba tumbuk ikan tamban kering dan tumis dengan bawang dan cili. Kalau guna ikan tamban, tak payah guna air rebusan tulang pun mee anda masih sedap. Mesti habis laku mee goreng yang anda masak.

Caranya ambil 7 ekor ikan tamban. Selepas tumbuk bawang, anda boleh tumbuk ikan tamban ini hingga hancur. Ikan tamban yang telah ditumbuk hancur ini ditumis bersama bawang dan cili sebelum anda masukkan mee ke kuali.

Cubalah resepi ini. Ada juga yang gunakan ikan masin sebagai perencah mee goreng. Arwah emak dulu tumbuk udang hidup sebagai perencah untuk dtumis dengan bawang dan cili.

2 ulasan:

  1. ikan tampan segar ke ikan tamban kering ni?
    Apa kata en Termizi bawa sample ke pejabat?

    BalasPadam
  2. Ikan tamban kering. Kat pasar malam banyak, harga pun murah dari ikan bilis. Nak bawa ke pejabat, sekarang pun kelam kabut 6.20 dah keluar rumah, takut lewat. Cubalah dulu.

    BalasPadam