Masak lemak cili api adalah lauk harian kami yang berasal dari Beranang. Masa mula-mula kahwin dulu, culture shock jugak isteri saya bila tiap kali balik ke Cheras baru mesti ada masak lemak cili api. Semalam gulai ayam, hari ni gulai udang, esok gerenti ada masak lemak lagi.
Sebenarnya masak lemak cili api ni antara lauk yang senang dimasak. Ada 3 proses saja.
1. Tumbuk bawang, cili, halia dengan kunyit hidup.Kemudian tumbuk serai.
2. Masukkan santan dalam periuk, sekali dengan bahan yang dah ditumbuk tadi.
3. Masukkan ikan,daging atau ayam. Paling sedap masuk perut lembu, perut hitam bukan yang dah diputihkan di pasar.
Tambahlah kentang kalau gulai ayam atau daging. Masuk rebungpun sodap. Kalau tambah nangka, panaskan semula gulai tu pagi besok, lagi sedap.
Arwah mak kata kalau gulai daging atau perut lembu, masukkan dua tiga helai daun limau purut. Kalau gulai ikan, masukkan asam keping bila gulai dah nak masak.
Gulai Daging
1 kilogram daging segar. Daging batang pinang paling baik dan lembut
1 biji kelapa, nak santan je
Bahan Tumbuk
15 ulas cili api
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa
serai 2 batang
Masuk santan dalam periuk, sekali dengan bahan yang ditmbuk.Kacau. Jangan biarkan minyak pecah.
Masukkan daging.Bila daging dah nak empuk, masukkan kentang. Garam secukup rasa, jangan lupa. Bila guna kentang, selalunya kentang serap garam, sebab tu masuk garam lebih sikit.Dah nak masak, masuk daun limau purut.
Memaparkan catatan dengan label Gulai udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gulai udang. Papar semua catatan
27 September, 2011
23 September, 2011
Gulai Udang
Udang memang sedap dimakan, tapi kena ingat kesannya. Kolestrol naik dan gout pun datang. Semalam pembantu saya, Lisa, masak gulai udang. Nasib baik dia jenis cepat belajar, ayahnya juga orang Minang, orang awak juo. Jadi gulai dia lebih kurang sama dengan gulai kito. Dulu, arwah emak sesekali campur tempe dengan gulai udang. Sedapnya. Kali yang lain pulak, gulai udang campur dengan tempoyak, pekat, tambah daun kunyit. Balik dari Sarawak dulu saya selalu bawa udang galah, mak masak campur tomato dalam gulai. Dah duduk Semenanjung, berkurun tak makan udang galah.
Bahan-bahan
Udang 1 kilogram
Kelapa 1/2 biji
Cili Api 15 tangkai
Bawang merah 3 biji (Kalau orang Negeri Sembilan tak guna bawang. Tumbuk cili dengan kunyit aje)
Kunyit hidup 1/2 inci
Serai 1 batang
Tumbuk cili, kunyit, bawang
Masukkan santan dalam periuk. Masukkan cili dan bawang yang telah ditumbuk. Kacau sampai pekat. Oleh kerana udang keluarkan air semasa dimasak, pastikan gulai pekat. Jangan bubuh air banyak sangat.
Lepas gulai mendidih, masukkan udang kejap.
Masukkan serai.
Tunggu sekejap sampai udang berubah warna, tutup api.
Kalau ada rebung, boleh tambah. Tempe pun sedap. Nak masam sikit masukkan tomato sebiji. Kalu masuk tempoyak, biar pekat. Sodap bang.

Langgan:
Catatan (Atom)